fbpx
Antara barangan mewah disyaki tiruan dirampas KPDNHEP dalam serbuan di Johor Bahru, Segamat dan Kluang.

Beg, kasut mewah tiruan RM64,622 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 1,700 pelbagai barangan jenama mewah disyaki tiruan bernilai RM64,622 dalam operasi selama tiga hari berakhir hari ini.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, operasi yang dijalankan bermula Isnin lalu dijalankan di sekitar tiga daerah iaitu Segamat, Kluang dan Johor Bahru.

Menurutnya, sebanyak lapan buah premis diserbu selepas terlibat menjual barangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton dan Chanel dipercayai tiruan.

“Tindakan diambil selepas mendapat maklumat daripada pemilik cap dagang sebelum pihak kita melakukan risikan selama tiga hari.

“Hasil serbuan kita berjaya merampas pelbagai jenama barangan mewah disyaki tiruan seperti beg tangan, kasut, pakaian dan jam tangan ke atas lapan premis di tiga lokasi serbuan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, salah satu serbuan turut menemui stor simpanan yang disyaki menjual barangan palsu ini menerusi jualan online.

Katanya, seramai lima individu ditahan terdiri daripada tiga warganegara tempatan dan masing-masing seorang Indonesia serta India berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua barangan itu disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 102(1(c) Akta Cap Dagangan 2019.-K! ONLINE