fbpx

Ajal rempuh lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan antara sebuah lori muatan pasir dan motosikal ditunggang Razali sehingga meragut nyawanya pagi tadi. Foto MOHAMAD FAHD RAHMAT

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seorang lelaki menemui ajal selepas motosikal Honda Wave dinaikinya merempuh sebuah lori muatan pasir dalam kemalangan di kilometer 19.5 Jalan Benut – Simpang Renggam di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.50 pagi itu, mangsa, Razali Mohamad, 36, disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Benut menuju ke Kampung Kolam Air Simpang Renggam.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak dan melanggar bahagian hadapan lori yang hendak membelok ke simpang kanan jalan.

“Akibat rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia Klinik Kesihatan Simpang Renggam,”katanya ketika dihubungi di sini.

Abdul Razak berkata, pemandu lori yang tidak mengalami kecederaan telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, saksi kejadian, Mohamad Sharizam Halim, 23, berkata, lori berkenaan memberikan isyarat membelok sebelum kemalangan itu.

“Saya baru pulang dari kerja sebagai operater kilang di Pontian dengan menunggang motosikal berseorangan.

“Saya dengan mangsa ke arah Simpang Renggam dan jarak kami kira-kira 50 meter.

“Tiba-tiba lori berkenaan membelok dan melanggar mangsa manakala sebuah kereta yang mengekori lori pula sempat mengelak dan terbabas ke jalan bertentangan,” katanya.

Katanya, terkejut dengan kejadian itu dia segera memberhentikan motosikal di bahu jalan dan bergegas menolong mangsa sebelum mangsa dibawa ke Klinik Simpang Renggam.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI