fbpx

98 ingkar PKPP, 34 babitkan aktiviti kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seramai 98 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan tangkapan paling tinggi membabitkan aktiviti dalam kelab malam sebanyak 34 tangkapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain yang dikesan penjarakan fizikal (24), tidak memakai pelitup muka (22), gagal melunaskan caj kuarantin (10) dan gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran diri (lapan).

“Daripada jumlah itu, seramai 95 individu telah dikompaun dan tiga lagi direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 4 penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng semalam selain turut dirampas 6 buah kenderaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 37,452 individu pulang ke tanah air dari 24 Julai hingga semalam dan ditempatkan di 78 stesen kuarantin yang ditetapkan.

“Seramai 8,144 individu menjalani proses kuarantin wajib manakala 106 lagi telah dihantar ke hospital,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak enam operasi sanitasi meliputi satu zon merah, satu zon kuning dan empat zon hijau membabitkan lima negeri dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sebanyak dua operasi di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kedah, Pahang, Sabah dan Melaka,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI