fbpx

Peminat bimbang Mingyu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINGYU

PENYANYI daripada kumpulan Seventeen, Mingyu dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat sehingga terpaksa membatalkan kehadirannya untuk acara bertemu peminat secara dalam talian pada Sabtu lalu.

Agensi Pledis Entertainment baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menerusi platform SNS berhubung ketiadaan Mingyu dalam acara tersebut.

Sepatutnya kumpulan Seventeen akan muncul menemui peminat menerusi acara berkenaan bersama 13 anggotanya, namun berdepan kekurangan seorang anggota disebabkan keadaan kesihatan Mingyu tidak mengizinkan.

Pledis Entertainment bagaimanapun berjanji untuk terus berkongsi perkembangan terkini Mingyu dari semasa ke semasa.

Mingyu yang berusia 24 tahun merupakan penyanyi rap utama kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 itu.

Situasi Mingyu nyata membimbangkan peminat. Masing-masing khuatir dengan kesihatan Mingyu dan berharap agar dia segera sembuh sehingga tanda pagar #GetWellSoonMingyu menjadi trending di laman Twitter ketika ini.

“Harap dia segera sembuh dan mendapat rehat secukupnya. Terlalu banyak penyakit datang secara tiba-tiba sekarang,” ujar seorang peminat yang prihatin dengan keadaan Mingyu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI