fbpx

Moratorium untuk ansuran bankrap ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut pekeliling berkenaan, bayaran ansuran bulanan oleh pihak yang diisytiharkan bankrup ke dalam estet kebankrapan akan diteruskan semula mulai 1 Oktober 2020.

KUALA LUMPUR – Jabatan Insolvensi Malaysia memaklumkan
moratorium bagi bayaran ansuran bulanan oleh mereka yang bankrap ditamatkan pada 30 September ini.

Sehubungan itu, bayaran ansuran bulanan oleh pihak yang diisytiharkan bankrup ke dalam estet kebankrapan akan diteruskan semula mulai 1 Oktober 2020.

“Semua potongan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi akaun bankrup yang dibuat melalui “standing instruction” dan potongan gaji diteruskan semula seperti biasa,” kata jabatan itu dalam satu pekeliling bertarikh semalam.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI