fbpx
Gambar hiasan

Lelaki cabul wanita hamil lapan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ASLIZA MUSA

BATU GAJAH – Seorang wanita hamil dicabul lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Taman Pusing Utusan dekat Pusing di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, wanita berusia 27 tahun yang sarat mengandung lapan bulan itu dicabul di bahagian punggung.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka jeriji besi pintu rumahnya sebelum diserbu seorang lelaki.

Katanya, lelaki yang memakai pelitup muka itu menutup mulut wanita tersebut dan mencengkam pergelangan tangannya sambil mengarahkan mangsa untuk diam.

“Mangsa ditolak masuk ke dalam rumah sehingga terbaring dalam keadaan mengiring dengan suspek menggosok punggung mangsa di sebelah kiri.

“Bagaimanapun, tindakan suspek terhenti selepas mengsa merayu supaya dilepaskan dan memberitahu bahawa dirinya sedang mengandung,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, suspek yang beredar selepas menyedari jiran mangsa keluar dari rumah sempat bertanya kepada wanita itu di mana suaminya dan siapa lagi yang tinggal bersama mangsa.

Katanya, susulan laporan polis yang dibuat mangsa, suspek berusia 34 tahun itu diberkas pada pukul 4.40 petang hari yang sama di sebuah tapak projek di Taman Sri Puteri di sini.

“Suspek yang telah berkahwin itu dipercayai telah lama mengekori wanita tersebut dan dia juga tinggal menyewa dalam taman perumahan yang sama dengan mangsa.

“Mangsa yang hamil lapan bulan itu menjalani pemeriksaan di Hospital Batu Gajah dan kandungannya selamat. Mangsa hanya mengalami lebam di pergelangan tangan akibat dipegang suspek,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau itu direman bermula hari ini sehingga Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

POPULAR