fbpx

KPKT minta kerajaan Selangor beri tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (tengah) beramah mesra dengan salah sebuah keluarga penghuni flat Taman Sri Berembang selepas melakukan lawatan kerja di flat itu hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Kerajaan negeri diminta menyediakan tanah bagi pembinaan semula rumah pangsapuri kos rendah kepada penduduk flat Taman Taman Sri Berembang, Pelabuhan Klang di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kerosakan yang berlaku di bangunan pangsapuri itu adalah teruk dan tidak boleh dibaiki lagi.

Katanya, sekiranya pembaikan dilakukan akan merosakkan keseluruhan struktur bangunan.

“Sebelum ini, kita telah menerima aduan bumbung rosak daripada penduduk pada tahun 2017.

“Namun, kita tidak boleh membuat pembaikan itu kerana melibatkan struktur dan sekiranya dilakukan akan mengakibatkan kesan rantaian terhadap struktur flat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk kawasan berkenaan di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan penduduk di Flat Taman Sri Berembang di sini bimbang terhadap keselamatan mereka ekoran keadaan flat yang didiami lebih 400 orang itu mengalami retak teruk.

Zuraida memberitahu, kementeriannya mempunyai peruntukan sejumlah RM50 juta bagi pembinaan lima blok pangsapuri kos rendah yang mampu menempatkan 3,000 penduduk.

Beliau berharap semua pihak termasuk pemaju flat berkenaan dapat bekerjasama bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk di situ sejak sekian lama.

“Saya dimaklumkan oleh penduduk bahawa pemaju flat itu memiliki tanah berdekatan kawasan ini.

“Kita minta syarikat pemaju berjumpa kami untuk berbincang sekiranya mereka boleh bekerjasama dengan KPKT untuk membina sebuah flat kos rendah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zuraida berharap kerajaan negeri segera menempatkan 30 penduduk di blok C flat itu yang terjejas teruk akibat keretakan di projek perumahan Rumah Selangorku. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI