fbpx

KPDNHEP rampas barangan tiruan jenama Burberry bernilai RM21,733

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP KL menunjukkan baju tiruan jenama Burberry semasa serbuan di salah sebuah premis di sebuah pusat pemborong di terkenal di sini.

KUALA LUMPUR – Taktik licik dua premis menjual barangan tiruan berjenama di sebuah pusat pemborong di terkenal di sini terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur semalam.

Serbuan yang bermula kira 11.30 pagi itu berjaya merampas pelbagai barangan termasuk baju, gaun wanita dan kasut jenama ‘Burberry’ tiruan bernilai kira-kira RM21,773.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP KL, Zubir Hamsa berkata, serbuan tersebut dilakukan hasil risikan pihaknya sebulan selepas mendapat aduan daripada wakil cap dagang jenama antarabangsa tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua premis itu dimiliki oleh individu sama dan telah beroperasi hampir setahun.

“Hasil serbuan di premis pertama kita telah menyita pelbagai barangan termasuk baju lelaki 1,560 helai, gaun wanita 37 helai dan tiga pasang kasut jenama Burberry bernilai RM5,343.

“Susulan serbuan pertama, kita kemudiannya menyerbu sebuah lagi premis yang dimiliki pemilik sama dan merampas pelbagai barangan jenama sama bernilai RM16,430,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zubir berkata, siasatan lanjut mendapati barangan tersebut diperolehi dari negara luar dan turut dijual secara online.

“Kesemua barangan tersebut kemudiannya di bawa ke stor KPDNHEP KL di Segambut untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019,”jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI