fbpx

Kerajaan komited tambah baik sistem mahkamah syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2020 pada Majlis Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2020 di Movenpick Hotel & Convention Centre, di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Kerajaan komited menyokong usaha yang boleh menyumbang ke arah meninggikan martabat institusi kehakiman dan perundangan syariah di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahbaikan secara berterusan dapat melonjakkan imej institusi kehakiman dan perundangan syariah.

“Saya percaya penambahbaikan secara berterusan ini akan dapat melonjakkan imej institusi kehakiman dan perundangan syariah dalam menangani kes-kes yang semakin kompleks dan mencabar serta memenuhi keperluan masyarakat Islam secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bertemakan Aplikasi Magasid Al-Syariyyah: Ke Arah Pembudayaan Norma Baharu dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah di Pusat Konvesyen Movenpick di sini hari ini.

Program dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menghimpunkan 580 peserta terdiri daripada pegawai syariah seluruh negara antara lain bertujuan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah setelah pandemik Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI