fbpx

Kementerian Kesihatan nafi mesej tular di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Kesihatan memaklumkan lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan proses disinfeksi dan nyahkuman serta selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menafikan mesej tular di media sosial khususnya menerusi aplikasi WhatsApp yang menasihati orang awam agar tidak mengunjungi beberapa lokasi di ibu negara susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Dalam kenyataan dikongsi menerusi Facebook, kementerian memaklumkan maklumat tidak tepat itu telah tular di media sosial kebelakangan ini.

Menurutnya, lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan proses disinfeksi dan nyahkuman.

“Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma dan dapatkan maklumat betul,” katanya.

Mesej tular berkenaan memaklumkan kluster Covid-19 dari Sabah sudah menular di Semenanjung Malaysia oleh individu yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Maklumat palsu itu turut menyenaraikan 23 lokasi di sekitar ibu negara termasuk kompleks beli-belah, bank, hospital swasta dan sekolah yang dipercayai dikunjungi individu positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI