fbpx

Jeffry letak jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasca PRN Sabah. Gambar hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah ll, Datuk Dr Jeffry Kitingan menyatakan beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di peringkat persekutuan.

Jeffry berkata, beliau sudah memaklumkan mengenai perletakan jawatan beliau kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri ll ketika istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau turut diberi kepercayaan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Turut dilantik Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri manakala Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI