fbpx

Janji Temu kaedah baharu Istiadat konvokesyen UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Istiadat konvokesyen Universiti Teknologi Mara ( UiTM) ke-92 akan berlangsung menggunakan norma baharu menerusi kaedah penganugerahan secara janji temu selama dua bulan bermula 7 November depan.

Ini akan melibatkan 22,834 graduan Diploma dan Ijazah di 14 kampusnya seluruh negara.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, langkah itu selepas mengambil kira pelbagai aspek dengan merujuk prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Katanya, sesi penganugerahan itu bergantung sepenuhnya kepada pemilihan lokasi kampus yang terletak berdekatan graduan tersebut.

“Graduan akan membuat janji temu secara dalam talian dan hadir bergilir-gilir mengikut tarikh dan lokasi yang dipilih mereka.

“Melalui penganugerahan itu, graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesyen, menerima skrol serta transkrip seperti istiadat konvokesyen secara konvensional dengan gambar mereka akan disatukan dengan gambar penganugerah yang ditetapkan nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sesi penganugerahan sehingga 9 Januari tahun depan itu hanya membabitkan seramai 300 graduan sehari.

“Proses penganugerahan di Unit Konvokesyen kampus itu akan memakan masa antara tujuh hingga 15 minit bagi setiap graduan dan hanya dua ahli keluarga dibenarkan menemani graduan,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan graduan dan keluarga supaya mengisi Borang Deklarasi Saringan Risiko Civid-19 UiTM secara atas talian dan aplikasi MySejahtera serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

Permohonan mengenai penganugerahan Janji Temu itu boleh dibuat melalui laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI