fbpx

Ameba pemakan otak ancam penduduk Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ameba naegleria fowleri yang boleh menjangkiti otak manusia dan menyebabkan kematian. - AGENSI

HOUSTON, Texas – Gabenor Texas, Greg Abbott mengeluarkan deklarasi bencana susulan kematian seorang budak lelaki berumur enam tahun akibat jangkitan ameba ‘pemakan otak’ yang kemudian ditemui dalam bekalan air paip komuniti tersebut.

Ameba itu memasuki badan mangsa menerusi membran pada hidung dan menembusi hingga ke otak, menyebabkan simptom seperti sakit kepala yang amat, kejang leher dan muntah sebelum menjadi lebih serius hingga menyebabkan kematian.

“Ujian yang dilakukan mendapati ameba itu berada di dalam air paip kediaman mangsa yang dikenali sebagai Josiah McIntyre ,” kata serorang jurucakap Bandar Tasik Jackson.

Ameba berbahaya itu turut ditemui dalam air pancut di pusat bandar itu dan pili bombanya. Bandar Tasik Jackson terletak sekitar satu jam pemanduan dari kota raya Houston.

Datuk dan nenek Josiah memberitahu akhbar tempatan, Houston Chronicle bahawa cucu mereka mungkin terdedah kepada air tercemar itu di sebuah taman air di pusat bandar itu.

Taman air itu kemudian ditutup manakala pihak berkuasa di beberapa buah bandar di daerah Brazoria di mana Tasik Jackson terletak, menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan air paip untuk minum, mandi atau memasak.

Nasihat berkenaan bagaimanapun ditarik balik tetapi pihak berkuasa menggesa orang ramai memasak air terlebih dahulu sebelum digunakan.

Abbott mengisytiharkan bencana pada Ahad lepas melibatkan Daerah Brazoria termasuk Bandar Tasik Jackson.

Pengisytiharan itu membolehkan pihak berkuasa memperoleh dana tambahan bagi menangani krisis tersebut.

Antara tahun 1983 hingga 2010, ameba berbahaya dinamakan naegleria fowleri itu dilaporkan membunuh 28 mangsa di negeri Texas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI