fbpx

19.2 tan kopi Arabica disita di NBCT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biji kopi Arabica yang dirampas dalam pemeriksaan di NBCT, Buttetworth Jumaat lalu.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 19.2 tan biji kopi Arabica dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri selepas menggagalkan cubaan membawa masuk produk pertanian itu ke negara ini melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Jumaat lalu.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan dibuat semasa pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mendapati produk dari Papua New Guinea itu tidak mematuhi syarat permit import.

“Sebanyak 320 guni biji kopi Arabica seberat 19,200 kilogram disita selepas ia didapati melanggar syarat import iaitu ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

“Biji kopi tersebut yang ditemui di dalam sebuah kontena adalah bernilai RM156,213.57,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI