fbpx

101 kes Covid-19, empat kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 101 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 11,135 kes.

Kluster tersebut ialah Kluster Jalan Bomba (3 kes) dan Kluster Jalan Utara (2 kes) di Sandakah, Sabah; Kluster Benteng PK (satu) di Selangor dan dan Kluster Bakawali di Johor

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 97 kes adalah penularan tempatan dan empat kes import dari Myanmar, Arab Saudi dan Nigeria.

Menurutnya, Sabah merekodkan 73 kes baharu termasuk 51 kes Kluster Bangau-Bangau, Kluster Benteng LD (2 kes), Kluster Kuarters (2 kes) dan  saringan bergejala melibatkan  warganegara (8 kes).

“Selain itu, masing-masing satu kes iaitu saringan rujukan ke Hospital Sandakan, saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu kes ke-11,119, saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), saringan petugas kesihatan dan saringan komuniti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, Selangor merekodkan 14 kes baharu termasuk satu kes daripada Kluster Benteng PK dan satu kes Kluster Jalan Apas.

“Selain itu, kes tempatan melibatkan saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah (9 kes), saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu kes ke-10,776 dan kes ke- 11,129 (2 kes) dan satu kes saringan sebelum pulang ke negara asal melibatkan warga asing.

Noor Hisham berkata, kes lain ialah masing-masing satu kes iaitu saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah dilaporkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang dan Perlis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI