fbpx

Warga emas rasuah polis didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gopalakrishnan didenda RM10,000 kerana menawarkan rasuah wang tunai kepada pegawai polis di Kulim, enam tahun lalu.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah sebanyak RM450 kepada pegawai polis, enam tahun lalu.

Hakim, Murtazadi Amran turut memerintahkan tertuduh, L. Gopalakrishnan, 62, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda yang dikenakan.

Gopalakrishnan yang bekerja sebagai pemandu lori membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan rasuah wang tunai sebanyak RM450 kepada Inspektor Norfaizal Mohd. yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai dorongan supaya pegawai polis itu tidak mengambil tindakan terhadap tertuduh yang memiliki 9,506 liter petrol tanpa lesen sah.

Tertuduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah premis di Jalan Kuala Benut, Sungai Karangan di Kulim dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi, 16 Oktober 2014.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI