fbpx

Umrah, Malaysia tidak mahu terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) meneliti hasil kerja murid yang menyertai program Semarak Jawi di Putrajaya hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Malaysia mengambil pendirian tidak mahu terburu-buru dan mendesak kerajaan Arab Saudi berhubung senarai negara yang dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata, sehingga kini pihaknya masih belum dimaklumkan secara rasmi berhubung perkara berkenaan.

“Kita belum dapat lagi senarai negara mana yang mereka cadangkan dan sambut baik cadangan mereka yang menunjukkan kerajaan Arab Saudi amat prihatin berkenaan isu kesihatan.

“Kita masih belum berbincang dengan kerajaan Arab Saudi kerana tidak mahu dilihat mendesak mereka kerana tahu situasi semasa Covid-19 di sana dan situasa dalam negara juga masih belum terkawal sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Program Semarak Jawi sempena Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Agama An-Najah, Presint 9, Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail.

Pada 23 September lalu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam kenyataan disiarkan Saudi Press Agency, membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat-peringkat untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober ini, selepas tujuh bulan kebenaran itu digantung berikutan pendemik Covid-19.

Sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan, manakala jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI