fbpx

Ujian Covid-19 tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Redzuan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 1 di Putrajaya hari ini. Foto NADMA

Oleh HASIF IDRIS

PUTRAJAYA – Orang ramai diminta faham dan tidak merungut semasa melalui proses saringan Covid-19 khususnya di lapangan terbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, setiap ujian dan proses yang dilalui itu amat penting kerana petugas Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memastikan setiap keputusan yang dikeluarkan adalah betul, tepat dan teliti.

“Kita tidak boleh tergesa-gesa melakukan ujian tersebut kerana setiap ujian yang dilakukan itu untuk memastikan keputusannya secara betul.

“Jadi, saya mohon orang awam untuk memahami prosedur KKM itu contohnya seperti ujian calitan bukannya kita boleh buat secara segera dan mengetahui keputusannya serta-merta,” katanya.

Beliau  berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di sini hari ini.

Dalam pada itu, mesyuarat tersebut turut bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM4.16 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara yang akan disalurkan bagi perbelanjaan operasi bencana dalam tempoh Monsun Timur Laut.

Sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi kegunaan agensi-agensi tindak balas di peringkat negeri, manakala, RM20,000 diperuntukkan kepada setiap 159 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula akan diperuntukkan sebanyak RM20,000 bagi setiap negeri untuk menampung perbelanjaan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI