fbpx
Gambar hiasan

Polis berkas dua tokan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis memberkas dua lelaki dipercayai tokan dadah di sebuah kondominium di Taman Kuchai, di sini 24 September lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, suspek berusia 50 dan 35 tahun itu ditahan hasil maklumat awam dan risikan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut polis menjumpai pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM 106,038.

“Antaranya dadah jenis serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1,522 gram, ketamin 82 gram, ganja seberat 88 gram, pil Erimin 5 sebanyak 50 biji dan pil ekstasi sebanyak 76 biji,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Shokri, kesemua dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 1,821 pengguna.

Mengulas lanjut, Shokri berkata, hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamin.

“Kedua-dua suspek juga aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” ujarnya. – K! ONLINE.