fbpx
RAMOS (kiri) berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan kemenangan pertama Real selepas hanya seri pada aksi pembukaan La Liga. – AFP

Penalti Ramos bantu Real kutip tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Sergio Ramos menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk memastikan Real Madrid meraih kemenangan pertama mereka dalam saingan La Liga selepas bangkit mencatat kemenangan 3-2 ke atas Real Betis semalam.

Kemenangan tersebut amat bermakna buat Real selepas sebelum ini hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Real Sociedad dalam aksi pembuka tirai, minggu lalu.

Pada perlawanan tersebut, Real terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fede Valverde pada minit ke-14 sebelum Betis bangkit dengan meledak dua gol menerusi Aissa Mandi minit ke-35 dan William Carvalho dua minit kemudian.

Real berjaya meraih gol penya­maan atas kesilapan pertahanan Betis, Emerson apabila menyumbat gol sendiri pada minit ke-48 sebelum dilayangkan kad merah kerana mengasari Luka Jovic.

Skuad kendalian Zinedine Zidane dihadiahkan sepakan pe­nalti selepas bola terkena tangan Marc Bartra dalam kotak penalti pada minit ke-82 dan Ramos menyempurnakan tugasnya sekali gus memastikan kemenangan buat kelabnya.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai keputusan pe­ngadil perlawanan. Saya rasa apa yang berlaku adalah adil. Dia bertanggungjawab dan saya tidak pernah terlibat dengan kontroversi pengadil.

“Apa yang saya nak katakan ketika ini adalah pasukan kami bergelut pada perlawanan itu dan akhirnya kami berjaya me­raih tiga mata yang sangat pen­ting pada permulaan musim ini,” kata Zidane. – AGENSI