fbpx

Lelaki Nigeria cederakan pemilik restoran ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek Nigeria ditahan polis selepas bertindak mencederakan pemilik restoran.

KAJANG – Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria yang mencederakan pemilik sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, suspek yang berada dalam pengaruh alkohol bertindak memukul bahagian belakang badan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya terima panggilan daripada mangsa pada pukul 4.02 petang memaklumkan kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, suspek menimbulkan kekecohan sebelum memukul mangsa dan seorang lelaki yang sedang menurunkan barang dari lori di kedai bersebelahan.

“Susulan itu, polis yang tiba di lokasi kejadian telah menahan suspek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan perbuatan khianat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta tampil atau menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI