fbpx

Keputusan PKPD di Sabah diketahui hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Keputusan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Sabah akan diketahui hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulah berkata, perkara itu akan dibincangkan hari ini sebelum sebarang ketetapan pelaksanaan PKPD di Sabah dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh melaksanakan Temco ketika Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah bagi memberi hak dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk mengundi dan memilih pentadbiran baharu.

“Memandangkan PRN Sabah sudah berakhir, mungkin kita boleh laksanakan Temco bagi mengawal penularan wabak.

“Keputusan sama ada kerajaan melaksanakan Temco di Sabah dijangka diumumkan petang ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jururawat Kanser Payudara Malaysia Ketujuh di Institut Kanser Putrajaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, saringan Covid-19 yang diwajibkan ke atas penumpang baru pulang dari Sabah adalah untuk melihat sama ada berlaku peningkatan kes jangkitan dalam komuniti untuk tempoh dua minggu ini.

“Ini merupakan salah satu pemantauan bersasar untuk mengesan Covid-19 yang mana biasanya melalui pelaksanaan swab (calitan).

“Ujian calitan dijalankan bagi pesakit menghidap penyakit seperti influenza, jangkitan pernafasan akut teruk selain saringan prapembedahan dan kali ini untuk kes yang pulang dari Sabah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI