fbpx

‘Jaring gol bukan sepak tiang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES menjaringkan gol kemenangan United selepas menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan. – AFP

MANCHESTER – Bintang Manchester United, Bruno Fernandes menempelak para pemain Brighton kerana mempertikaikan kekalahan 2-3 kepada skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex kelmarin.

Brighton tidak bernasib baik apabila tewas walaupun me­nguasai sebahagian besar perlawanan dengan memiliki 18 per­cubaan secara keseluruhan selain lima percubaan barisan pemainnya terkena tiang dan palang gol United.

Bagaimanapun, Fernandes yang meledak gol kemenangan United menerusi sepakan pe­nalti pada minit ke-100, langsung tidak bersimpati dengan nasib malang Brighton dalam perlawanan tersebut.

“Mungkin Brighton berhak meraih keputusan lebih baik tetapi saya tidak peduli. Anda perlu menjaringkan gol untuk menang kerana ini bukan pertandingan sepakan tiang atau palang.

“Kami pernah mengalami nasib sama sewaktu menentang Sevilla dalam aksi Liga Europa. Kami kalah walaupun ada hampir 40 percubaan dan turut menjaringkan gol melalui sepakan penalti,” katanya.

Kemenangan itu kembali memulihkan maruah The Red Devils selepas diaibkan Crystal Palace 1-3 minggu lalu sekali gus memberikan tonik tambahan menjelang aksi liga seterusnya menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford pada 4 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI