fbpx

Heroin Miss Sherlock ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Aktres Jepun yang memenangi berbilang anugerah, Yuko Takeuchi ditemui mati di kediamannya di Tokyo pada usia 40 tahun, lapor Perbadanan Penyiaran Britain hari ini.

Takeuchi ditemui suaminya yang juga seorang pelakon, Taiki Nakabayashi di rumah mereka di Shibuya Ward. Kematian aktres berkenaan disahkan pihak hospital di Tokyo.

Menurut media Jepun , polis melancarkan siasatan dan mengesyaki pelakon jelita itu membunuh diri.

Takeuchi melonjak popular di Jepun menerusi filem seram tahun 1998, Ringu yang diadaptasi Hollywood sebagai The Ring.

Dalam satu kenyataan, agensi bakat Takeuchi, Stardust Promotion menyatakan bahawa pihaknya terkejut dan sedih dengan berita itu.

Aktres itu turut menghidupkan watak Sherlock Holmes wanita dalam siri HBO, Miss Sherlock yang disiarkan pada 2018 di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.

Takeuchi memenangi kategori aktres terbaik Anugerah Akademi Jepun selama tiga tahun berturut-turut antara  2004 hingga 2007.

Walaupun bunuh diri belum disahkan sebagai punca kematiannya, ia merupakan punca kematian sebilangan bakat di  Jepun baru-baru ini termasuk Sei Ashina awal bulan ini, aktor Haruma Miura Julai lalu dan bintang gusti, Hana Kimura Mei lepas.

Jepun mempunyai kadar bunuh diri antara tertinggi dalam kalangan negara maju walaupun angka tersebut menurun selepas langkah pencegahan diperkenalkan lebih sedekad lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI