fbpx

Geng ‘Weng’ tumpas selepas enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafa’aton menunjukkan barang rampasan kenderaan mewah yang dirampas di beberapa bengkel dan gudang kenderaan di sekitar Lembah Klang dan Melaka.

SUNGAI BULOH – Polis menumpaskan geng ‘Weng’ yang terlibat dalam penipuan dan melupuskan kenderaan mewah untuk dijadikan alat ganti dalam empat serbuan di Lembah Klang dan Melaka.

Serbuan sejak 10 hingga 16 September itu membawa kepada penangkapan 13 lelaki berusia lingkungan 22 hingga 55 tahun termasuk seorang warga Sri Lanka.

Turut ditahan suspek utama geng berkenaan berusia 44 tahun yang dikenali sebagai Weng.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan, Shafa’aton Abu Bakar berkata, tangkapan ke atas semua suspek itu dibuat susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun mendakwa kereta jenis Audi Q7 miliknya hilang selepas diserahkan untuk dijual kepada seorang lelaki.

Katanya, bertindak atas laporan itu pihak polis menyerbu dua bengkel kenderaan, sebuah gudang kereta potong serta sebuah kondominium di sekitar Lembah Klang dan Melaka yang membawa kepada penemuan pelbagai jenis kenderaan dan komponen yang bernilai RM1.3 juta.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, pihak polis menemui enam buah enjin pelbagai jenis kenderaan mewah manakala tujuh buah kenderaan lagi yang sudah siap dipotong untuk dijual sebagai alat ganti.

“Siasatan lanjut mendapati, kenderaan yang dirampas itu bersabit sembilan laporan hilang kereta di Lembah Klang dan Melaka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sungai Buloh di sini hari ini.

Menurutnya lagi, sindiket berkenaan aktif kegiatan penipuan dan melupuskan kenderaan mewah untuk dijadikan alat ganti sejak tahun 2014.

“Modus operandi sindiket itu adalah memperdayakan pemilik kenderaan mewah yang mempunyai masalah kewangan serta memerlukan penyelenggaraan sebelum mendakwa kenderaan itu hilang.

“Lima daripada 13 suspek yang diberkas itu mempunyai pelbagai rekod lampau membabitkan dadah, curi kenderaan dan ugutan jenayah,” ujarnya.

Kesemua suspek direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI