fbpx

Bot pukat hanyut guna peralatan tanpa lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan yang ditahan APMM disyaki menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa lesen dekat perairan Pulau Jerejak di sini semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pukat hanyut yang disyaki menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa lesen di kedudukan 2.1 batu nautika timur Pulau Jerejak semalam.

Bot nelayan tempatan yang dinaiki tiga lelaki terdiri seorang tekong dan dua awak-awak itu ditahan dalam Op Pertiwi/Op Benteng yang dijalankan kira-kira pukul 6 petang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, hasil pemeriksaan mendapati nelayan berusia antara 48 hingga 53 tahun itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

“Semasa operasi, mereka berada di atas bot terbabit. Hasil siasatan, mereka disyaki telah melanggar syarat lesen iaitu menggunakan peralatan penangguk kerang atau siput lala yang tidak dilesenkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihak APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Oleh itu jelas beliau, sekiranya terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut hubungi pihak APMM melalui talian 24 Jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang ditalian 04-2626146 atau 04-264 3650. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI