fbpx

Aplikasi TraX tingkatkan keselamatan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengendali rangkaian mudah alih maya, XOX Bhd. (XOX) mengumumkan kerjasama dengan kumpulan restoran Cina terkemuka, Oversea Enterprise Bhd. (Oversea) untuk menggunakan aplikasi TraX bagi meningkatkan keselamatan produk makanan keluarannya.

TraX merupakan platform mudah alih yang dibangunkan XOX menggunakan teknologi berasaskan blok rantai, TaaS AntChain.

Melaluinya, aplikasi tersebut akan meningkatkan kebolehkesanan produk dan ke­telusan maklumat pada rantaian bekalan seterusnya mencegah peni­puan serta melindungi kesahihan produk.

Diterapkan pada produk kuih bulan Oversea, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR pada bungkusan kuih bulan untuk mengetahui pelbagai maklumat termasuk ramuan, tarikh pembuatan, tarikh luput, pensijilan halal serta setiap fasa pembuatan produk sehingga penghantaran.

Ketua Pegawai Eksekutif XOX, Ng Kok Heng berkata, susulan pelancaran TraX dalam industri makanan, pihaknya merancang membangunkan penyelesaian lain pada platform tersebut bagi memenuhi keperluan unik industri lain termasuk farmaseutikal.

“Berbanding penyedia per­khidmatan, kami suka dilihat sebagai rakan niaga dan akan menyediakan proses adaptasi yang mudah kepada perusahaan, termasuk menerusi fi permulaan yang minimal manakala proses penjanaan keuntungan boleh dikongsi bersama.

“Kami melihat potensi dari pelbagai industri lain untuk be­kerjasama, antaranya daripada sektor logistik dan kami akan membuat pengumuman me­ngenai rakan kerjasama baharu dalam tempoh terdekat,” kata­nya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman yang diadakan semalam.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Oversea, Soh Jin Yiat dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Digital Economy Corporation, Datuk Ng Wan Peng.

Pada Ogos lalu, XOX telah menjalin kerjasama strategik dengan Alipay Labs, sebuah syarikat bersekutu Ant Group bagi menyediakan penyelesaian teknologi berasaskan blok rantai di rantau ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI