fbpx

115 kes baharu, Kluster Apas dikesan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 115 kes Covid-19 dikesan hari ini termasuk Kluster Apas yang dikesan di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 11,034.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 112 adalah kes tempatan manakala tiga lagi kes import.

Beliau berkata, Sabah masih mencatatkan kes tertinggi dengan 98 kes diikuti Selangor (11 kes) dan masing-masing satu kes di Labuan, Kedah, Terengganu, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

“11 daripada kes tempatan hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI