fbpx

Tukang gunting maut, Toyota Hilux langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Manikandan maut selepas Toyota Hilux dipandunya melanggar pokok di Jalan Nyior Sebatang, Tasek Gelugor awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang tukang gunting rambut maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Jalan Nyior Sebatang, Tasek Gelugor di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.10 pagi itu, mangsa, S. Manikandan, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan jenis Toyota Hilux itu dari arah Sungai Dua menghala Pokok Sena.

“Setibanya di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Mangsa yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI