fbpx

Sokongan daripada Ahli Parlimen harus jujur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari

KUALA LUMPUR- Ahli-ahli Parlimen yang ingin menyokong kerajaan baharu di bawah kepimpinan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim harus datang dari keinginan jujur mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, kerajaan baharu yang diketuai oleh Anwar Ibrahim itu tidak akan berkompromi soal komitmen terhadap keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti kerajaan.

“Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat.

“Kami turut mengambil maklum bahawa dengan kenyataan bahawa ramai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah beralih sokongan dan kini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu,  Ahli-Ahli Parlimen PKR telah mengadakan perbincangan hari ini tentang kedudukan terkini Kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, langkah mengembalikan mandat rakyat 9 Mei lalu mesti memberikan tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya sewajarnya menjadi tumpuan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI