fbpx

Setiawangsa Rangers FC semarakkan bola sepak akar umbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK NAZMI (enam dari kanan di belakang) dan Khusairi (lima dari kanan di belakang) bergambar bersama penaja dan pemain yang menggayakan jersi baharu SRFC di Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.

KELAB bola sepak tempatan yang semakin meningkat naik, Setiawangsa Rangers FC (SRFC) berusaha menyemarakkan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dengan melancarkan jersi baharu pasukan tersebut di Kuala Lumpur semalam.

Meskipun pandemik Covid-19 menyebabkan banyak kelab bola sepak tempatan bergelut, namun SRFC membuktikan sebaliknya apabila berjaya menarik perhatian sembilan penaja iaitu CRSC Group, Amaxmall, AirAsia, Sunway Avilla, Skyworld, Orangkata.my Sri Ternak Food Mart, Shortea Barbershop dan Voltagehub menaja pasukan tersebut.

Penaung SRFC merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau berbangga dengan pencapaian SRFC yang sudah mula dikenali dan digeruni lawan walaupun baru dua tahun ditubuhkan.

“Saya percaya kesediaan penaja menaja kelab ini hasil beberapa siri kejayaan sebelum ini selain misi dan visi yang disusun dalam usaha menyemarakkan program pembangunan bola sepak di akar umbi.

“Saya gembira kerana kami sudah mempunyai 250 pemain seawal umur lapan tahun. Kelab ini juga menubuhkan skuad padang dan futsal wanita yang mendapat sambutan menggalakkan,” katanya selepas majlis pe­ngenalan pasukan dan pelancaran jersi baharu kelab itu semalam.

Sementara itu, Presiden SRFC, Khushairi Aizad Jamalludin yang juga bekas pemain Se­langor dan Kelab Bolasepak AirAsia AllStar mengucapkan terima kasih di atas sokongan penaja dan berharap mereka terus menghulurkan bantuan kepada kelab.

“Saya berharap kelab ini akan terus berkembang maju berdasarkan perancangan yang sudah dirangka termasuk tahun depan dan 2022 apabila kita bakal menyertai Liga AirAsia KL Junior, Liga Bolasepak Kuala Lumpur dan Liga M4.

“Harapan saya suatu hari nanti adalah kami akan mempunyai fasiliti padang sendiri bagi membolehkan kami menjalani latihan dan aktiviti bola sepak serta kemasyarakatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI