fbpx

Ajal pekerja kilang dilanggar Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang maut selepas merempuh sebuah kereta Perodua Myvi masuk simpang dalam kejadian di Kilometer 12.5 Jalan Siakap, Bagan Serai semalam.

Oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggang dalam perjalanan ke tempat kerja di Batu Kawan di sini merempuh sebuah kereta yang sedang memasuki simpang di Kilometer 12.5, Jalan Siakap di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, Ridhwan Md. Saad, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari pusat bandar Bagan Serai menghala ke Kuala Kurau.

“Kereta itu membelok ke kanan untuk memasuki simpang, bagaimanapun mangsa yang berada di laluan bertentangan tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian hadapan kereta.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke dalam parit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati pemuda itu maut akiabt parah di kepala.

“Siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu kereta ketika memasuki simpang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI