fbpx

Ombak ‘Elvis Presley’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang jurugambar tergamam selepas membuat rakaman ombak besar seakan-akan wajah Raja Rock & Roll, Elvis Presley ketika angin kuat di perairan timur England, lapor Daily Mail.

Jordan Crosby, 26, sedang merakam gambar ombak menghempas Rumah Api Seaham di daerah Durham, England semasa matahari sedang terbit kelmarin.

Dia menghabiskan masa hampir 30 minit mengambil gambar menggunakan kamera Nikon D5.

Sebaik pulang ke rumah dan meneliti gambar, Crosby sedar bahawa gambar ombak besar yang dirakamnya ada kelihatan seperti bayangan wajah Elvis.

“Ramalan cuaca pada hari itu dikatakan angin selaju 64 kilometer sejam dengan ombak setinggi 18 meter.

“Semasa saya memuat naik gambar ke internet, ada orang juga menyatakan kamu boleh nampak wajah Elvis pada ombak itu,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN