fbpx

KM Sabah baharu masih jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negeri Sabah.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Keputusan siapa Ketua Menteri Sabah baharu masih menjadi tanda tanya.

Tinjauan di Istana Negeri setakat pukul 11 pagi ini mendapati tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan membawa rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pintu utama istana turut ditutup untuk sebarang keluar masuk.

Pasukan keselamatan mula berkawal di lokasi sama sejak pukul 8 malam semalam.

Turut kelihatan pengamal media daripada pelbagai agensi sedang menunggu di luar pintu masuk istana bagi mendapatkan perkembangan terkini istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah.

Istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan dijangka dilaksanakan hari ini namun tiada sebarang makluman rasmi diterima ketika ini.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) memenangi 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebanyak tujuh kerusi.

Nama gabungan terbabit sepatutnya digunakan secara rasmi apabila tiga parti ini berjaya menubuhkan kerajaan baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI