fbpx

Dua pemandu mabuk ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang lelaki yang ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk di Butterworth, Seberang Perai tengah malam tadi.

SEBERANG PERAI – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi berasingan di sekitar Butterworth di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 51 dan 33 itu diberkas pada pukul 12.20 tengah malam selepas saringan awal mendapati kandungan alkohol mereka melebihi had yang ditetapkan.

“Suspek berusia 51 tahun yang memandu kereta Toyota Vios ditahan di Jalan Chain Ferry dan ujian EBA (Evidential Breath Analyzer) yang dijalankan mendapati bacaan melebihi had ditetapkan.

“Suspek berusia 31 tahun yang memandu Proton Saga pula ditahan di Kilometer 10.8, Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI