fbpx
Mohd. Shafie

Warisan jangka kadar keluar mengundi menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menjangkakan berlaku penurunan kadar keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Menurut beliau, penurunan kadar keluar mengundi itu disebabkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dilaksanakan di pusat-pusat mengundi.

“Biasanya dalam lingkungan 70 peratus lebih (keluar mengundi). Tetapi agak lambat, dan ditokok tambah oleh SOP, mungkin tidaklah seperti yang dahulu.

“Tetapi mungkin kita akan pastikan mereka akan turun mengundi menunaikan tanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.