fbpx

Tiga sindiket edar dadah tumpas dalam dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjumpai sejumlah dadah ketika menyerbu sebuah rumah di Permatang Tok Jaya, Butterworth awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di sekitar daerah itu awal pagi tadi.

Operasi kira-kira dua jam berakhir pukul 1 pagi itu menyasarkan lokasi penglibatan sindiket terbabit di Permatang Tok Jaya dan Pangsapuri Ampang Jajar di Butterworth.

Ketua Polis daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menahan enam individu berusia di antara 16 hingga 52 tahun termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

“Tangkapan itu dipercayai melibatkan tiga kumpulan sindiket pengedaran dadah di daerah ini.

“Kita turut merampas 99 gram (g) dadah disyaki heroin dan 1.3 g syabu yang bernilai RM3,602 ketika serbuan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI