fbpx

Tapak pembinaan ibarat bom jangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
ATIKAH DALI
PENGARANG BERITA

Pada Sabtu lalu, seorang wanita nyaris maut apabila kepingan konkrit dari struktur pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) terjatuh dan menghempap kereta mangsa.

Kejadian yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menyebabkan pemandunya patah tangan kiri dan tulang selangka.

Insiden ngeri itu menjadi topik perbincangan hangat oleh netizen di semua platform media sosial.

Yang terkesan dengan kejadian itu, susah pasti mereka yang berulang-alik menggunakan laluan berkenaan.

Penulis sendiri setiap kali melalui kawasan pembinaan sama ada jejambat, lebuh raya atau tren pasti akan terbayangkan kejadian sama.

Kejadian malang yang berlaku berhampiran Terminal Bersepadu Selatan itu bukan yang pertama berlaku di negara ini melibatkan kemalangan di tapak pembinaan.

Empat tahun lalu, sepasang suami isteri menemui ajal selepas sebuah kren penanam cerucuk jatuh dan menghempap kereta mangsa di Klang.

Sebelum itu, seorang pemuda berusia 24 tahun juga maut ditimpa serpihan besi kren yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang dalam pembinaan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Tapak pembinaan terutama melibatkan kawasan laluan orang ramai ini boleh diibaratkan sebagai bom jangka.

Sampai bila kita mahu memandu dengan rasa takut. Oleh itu penyelesaian secara tuntas dan segera perlu dilakukan oleh pihak yang terlibat bagi mengelak kejadian sama berulang.

Penulis percaya rata-rata rakyat Malaysia menghabiskan masa lebih sejam memandu berulang-alik ke tempat kerja setiap hari dan ada dalam kalangan kita terpaksa melalui kawasan pembinaan.

Oleh itu, apabila berlaku kejadian pada 19 September lalu, ramai yang mahukan keadilan.

Siasatan menyeluruh perlu dijalankan termasuk wujud unsur cuai, jadi mereka yang bertanggungjawab dan dikenakan hukuman lebih berat. Soal keselamatan orang awam tidak boleh dikompromi.

Selain itu, aktiviti di tempat pembinaan juga perlu dipantau termasuk kualiti struktur binaan. Bagi projek yang melibatkan tapak pembinaan tinggi, pihak pemaju seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjarakkan kawasan dari laluan pengguna jalan raya.

Sekiranya struktur konkrit atau jentera di kawasan tapak pembinaan terbalik, objek tersebut tidak menimpa orang awam.

Sekiranya langkah-langkah tersebut dibuat, kejadian ngeri yang menimpa pemandu wanita pada Sabtu lalu tidak seharusnya berlaku. Kontraktor juga perlu melakukan pemeriksaan berkala bagi mengelak insiden tidak diingini.

Walau apapun aspek keselamatan perlu dititikberatkan kerana hukuman semata-semata tidak memberi jaminan dapat menyelesaikan masalah daripada berulang. Lebih-lebih lagi hukuman denda yang boleh dibayar sedangkan ia tidak boleh mengembalikan nyawa yang hilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI