fbpx

Polis Sabah halau 100 individu miliki dua kerakyatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali (duduk tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

PAPAR – Lebih 100 individu dipercayai mempunyai dua kerakyatan cuba pulang mengundi sempena Piliharan Raya Negeri (PRN) Sabah dihalau keluar daripada memasuki perairan negeri ini kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, semua individu berkenaan menaiki dua bot jongkong dan dua bot laju ditahan ketika cuba memasuki perairan negara melalui sempadan laut di Sandakan.

“Kita terpaksa menghalang mereka disebabkan masuk ke negeri ini melalui jalan yang tidak sah. Bukan mahu menafikan hak mereka untuk mengundi, namun cara mereka masuk tidak betul dan kita perlu halang.

“Kita percaya semua mereka mempunyai dua dokumen atau dwi kerakyatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di sini hari ini.

Hazani berkata, tindakan itu turut dilakukan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau, mereka sepatutnya menggunakan laluan yang sah dan melalui pemeriksaan kesihatan, tetapi mereka menggunakan jalan belakang.

Mengulas tentang proses pengundian PRN Sabah, Hazani berkata, setakat ini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku selain keadaan tenang dan terkawal di semua pusat mengundi.

“Kita menerima sebanyak 193 laporan yang dibuat pelbagai pihak sepanjang tempoh berkempen dan sebanyak 58 kertas siasatan dibuka.

“Kebanyakkan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan menfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI