fbpx

Peratus mengundi di Sabah naik kepada 54 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 54 peratus keluar mengundi PRN Sabah setakat pukul 2 petang tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Statistik pengundi berdaftar yang keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah naik kepada 54 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

Peratusan itu diperoleh melalui laman sosial Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Seramai 1.12 juta pengundi di Sabah bakal menentukan parti yang akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

SPR menjangkakan keputusan penuh akan diperoleh sebelum pukul 12 tengah malam ini.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN pada 30 Julai lalu. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI