fbpx

Penganggur ugut bunuh ibu kerana wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang penganggur berusia 32 tahun mengugut untuk membunuh ibu kandungnya sendiri apabila tidak diberikan wang bagi membeli minuman keras dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kamunting, Karangan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika wanita berusia 53 tahun itu berada di rumah bersama seorang anak perempuan berusia lingkungan 20-an.

“Suspek yang tinggal berasingan datang ke rumah ibunya dalam keadaan mabuk sebelum meminta wang, namun wanita terbabit memberitahu dia tiada wang untuk diberikan.

“Seterusnya berlaku pertengkaran mulut antara dua beranak itu sebelum suspek mengambil sebilah pisau dari dapur lalu mengacukan ke arah mangsa dan mengugut untuk membunuhnya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pertengkaran tersebut kemudian dileraikan oleh anak perempuan mangsa dan suspek bertindak keluar dari rumah.

“Bimbang dengan keselamatan diri, wanita terbabit kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Menurut Azhar, bertindak atas laporan, pihaknya menahan suspek dan merampas sebilah pisau sepanjang 21 sentimeter dalam Ops Cantas kira-kira pukul 12.15 tengah malam semalam.

Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI