fbpx

GRS mendahului dengan 39 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNG Moktar bersama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Datuk Seri Ismail Sabri serta Datuk Seri Ahmad Maslan meraikan kejayaan membentuk kerajaan di Sabah selepas gabungan itu memperoleh majoriti mudah iaitu 37 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului dengan 39 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 11 malam ini.

Daripada jumlah itu 17 dimenangi Perikatan Nasional (PN), diikuti Barisan Nasional (14 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) lapan kerusi.

Keputusan tidak rasmi turut menunjukkan Parti Warisan Sabah (Warisan) memenangi 28 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) masing-masing memenangi satu kerusi setakat ini, manakala tiga kerusi dimenangi calon Bebas iaitu di Kuamut, Pitas dan Kemabong.

Secara tidak rasmi, GRS sudah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI