fbpx

GRS berjaya rampas Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan keputusan tak rasmi parti-parti politik yang bertanding PRN Sabah.

KUALA LUMPUR – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan berjaya merampas pemerintahan kerajaan negeri daripada Parti Warisan pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin setelah keputusan tidak rasmi menunjukkan 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dimenangi mereka.

“Setakat ini, keputusan tidak rasmi 37 daripada 73 kerusi milik GRS,” katanya.

Menerusi data tidak rasmi, PN menerusi UMNO memenangi 15 kerusi DUN, Bersatu (9), STAR (5) dan PBS (6).

PN perlu memenangi 37 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri dengan mojoriti dua pertiga daripada 73 DUN dipertandingkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI