fbpx

Ahli perniagaan suspek pedofilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR peralatan yang dirampas daripada empat suspek kes pedofilia yang ditahan dalam Ops Pedo di sekitar Lembah Klang sejak Januari hingga Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki termasuk seorang ahli perniagaan dipercayai suspek kes pedofilia yang berusia antara 29 hingga 61 tahun ditahan dalam Ops Pedo yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, penangkapan kesemua suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi di dalam dan luar negara.

Menurutnya, penahanan tersebut dilakukan menerusi serbuan pihaknya di kediaman suspek di sekitar Lembah Klang.

“Tiga daripada suspek, ma­sing-masing bekerja sebagai ahli perniagaan, peronda lebuh raya dan juruteknik teknologi maklumat, manakala seorang lagi suspek tidak bekerja.

“Mereka didapati melayari laman web lucah yang mengandu­ngi gambar serta video pornografi membabitkan kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam

Saiful Azly memberitahu, dalam serbuan itu, polis merampas peralatan yang digunakan suspek untuk melayari laman web lucah seperti router, komputer riba, komputer, papan kekunci dan tetikus.

Kesemua barang rampasan itu dihantar ke Forensik PDRM dan SKMM untuk dianalisa.

“Daripada empat kes itu, satu telah dituduh pada 7 Ogos lalu di mahkamah, manakala tiga lagi kes dalam siasatan dan menunggu laporan forensik serta SKMM untukl dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu kesalahan mengakses atau mempunyai dalam milikan atau kawalannya pornografi kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali.

Pedofilia adalah kecelaruan seksual yang menyebabkan pesakitnya mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-kanak.

Pelaku pedofilia cenderung menjadikan kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah sebagai mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI