fbpx

Skuad The Bos Gaurus perlu elak kesilapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah lawan pada saingan Piala Malaysia kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

PARA pemain Perak digesa menampilkan aksi bertenaga seper­ti ketika menumpaskan PDRM 2-0 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras Ahad lalu menjelang pertemuan dengan Felda United di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, hanya persembahan mantap serta komitmen tinggi daripada setiap pemain akan mampu memastikan skuad The Bos Gaurus meraih tiga mata penting.

“Pemain perlu fokus sepenuhnya pada aksi malam ini serta mengelak melakukan sebarang kesilapan. Lebih penting, mereka perlu mengulangi persembahan berkesan seperti pertemuan menentang PDRM serta UiTM sebelum ini bagi memastikan kemenangan,” kata Durakovic.

Pada aksi menentang PDRM, Perak pulang dengan tiga mata hasil jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi dan Leandro Dos Santos pada babak kedua aksi Liga Super.

Perak kini menghuni tempat ketiga dalam carta Liga Super de­ngan mengumpul 13 mata dan hanya dibezakan tiga mata berbanding Kedah yang berada di kedudukan kedua dalam perebutan naib juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI