fbpx

PJM dan KBBM terus dapat sambutan menggalakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol Wahid (dua dari kanan) menunjukkan aplikasi MySales Tracker di telefon pintar yang dilancarkan sempena majlis perasmian Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia di Mydin Bukit Mertajam, hari ini.

ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Sekurang-kurangnya 16 buah outlet perniagaan di neheri ini ketika ini telah bersetuju untuk terlibat dengan aktiviti jualan murah yang dilancarkan sempena Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sejak dua bulan lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid ketika memaklumkan perkara itu berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 63,000 outlet perniagaan lain yang terlibat dengan program yang sama sebelum ini.

Katanya, pada masa yang sama, penggunaan aplikasi telefon pintar, MySales Tracker yang dilancarkan untuk memudahkan peniaga dan pengguna mencari premis yang menawarkan atau sedang melaksanakan jualan murah di negeri ini juga menunjukkan peningkatan yang membanggakan.

“Setakat ini baru 1,500 orang pengguna (MySales Tracker) dan jika penggunaannya terus dipromosi, kita yakin jumlah ini akan terus meningkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PJM dan KBBM 2020 peringkat negeri Pulau Pinang di Mydin Bukit Mertajam, hari ini.

Hadir sama Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna serta Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain; Pengarah Urusan Mydin Wilayah Utara, Datuk Dr. Saduruddin Ali Ghulam Hussein; Pengarah PPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar serta beberapa kenamaan lain.

Tambah Rosol, hasil jualan yang direkodkan daripada PJM dan BKKM ketika ini juga agak memberangsangkan apabila telah mencecah RM12 juta melalui platform e-dagang sahaja seperti Shopee.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kementeriannya kini telah melonggarkan proses permohonan untuk mengadakan jualan murah bagi meningkatkan sokongan rakyat dan komuniti perniagaan terhadap PJM dan KBBM.

Menurut Rosol, hal ini demikian kerana peniaga hanya perlu mengemukakan notis untuk tujuan itu secara dalam talian atau dalam tempoh 24 jam daripada permohonan dibuat sahaja sebelum boleh mengadakan sebarang jualan murah.

“Pada masa yang sama, peniaga juga boleh melaksanakan aktiviti jualan murah pada bila-bila masa sahaja iaitu tidak melebihi tempoh 30 hari bagi setiap notis,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI