fbpx

Perak Bison perlu belajar daripada kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Perak Bison perlu melupakan kekalahan 1-2 kepada Johor Tigris untuk bangkit menentang KL Thunders pada aksi Divisyen Premier STL 2020 esok.

JUARA bertahan Liga Sepak Takraw Kebangsaan (STL), Perak Bison perlu belajar daripada kekalahan pada aksi Divisyen Premier STL 2020 di Stadium Titiwangsa minggu lalu.

Pengurus pasukan, Mohd. Jaffrey Mohd. Zainol berkata, barisan pemainnya perlu menerima kekalahan itu secara positif dan bangkit mempamerkan aksi lebih bagus minggu ini.

“Belajar daripada kekalahan itu agar kita dapat mengatasi kelemahan dan kepincangan diri sendiri. Kita tumpas kepada lawan yang lebih baik pada hari itu,” katanya semalam.

Mohd. Jaffrey yang juga Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar) itu menyifatkan, cabaran Perak Bison lebih mencabar minggu ini kerana bertemu Kuala Lumpur (KL) Thunders pada Sabtu sebelum menentang Penang Black Panthers keesokan harinya.

“KL Thunders adalah pasukan dominan bukan sahaja atas kertas tetapi sewaktu beraksi pada minggu pertama lagi.

“Mereka memiliki pemain berwibawa seperti Shahir (Rosdi) dan Azlan Alias. Jadi, pemain perlu berada pada tahap terbaik untuk menyaingi kehebatan lawan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI