fbpx

Mahathir desak Anwar buktikan sokongan majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir

Oleh NUR AMALINA AZMAN

LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti beliau mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Beliau berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya membuktikan dakwaan tersebut sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

“Dakwaan itu bukan pertama kali dilakukan oleh Anwar tetapi akhirnya dibuktikan tidak benar

“Bila kita sebut sesuatu dengan tidak beri penjelasan kononnya dapat majoriti maka ini akan timbul (kekeliruan).

“Sekarang kita dapati ada yang menafikan (daripada pemimpin UMNO), jadi keadaan tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program sembang santai bersama penggerak pelancongan dan pengusaha hotel di Kuah di sini hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa telah mendapat majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan sekali gus menjatuhkan kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan pemimpin PKR itu bukan sahaja telah memberi kesan dalam kestabilan ekonomi negara malah turut menjejaskan imej Malaysia.

“Perkara ini merosakkan imej negara dan akan mengurangkan keyakinan pelabur,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI