fbpx

JPBD semak dokumentasi mangsa bencana sebelum salur bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN Jabatan Landskap MPSepang mengalihkan pokok tumbang yang menghalang pintu masuk utama ke Desa Pinggiran Putra.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

SEPANG – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang (JPBD) mengesahkan sebanyak 123 kediaman di Mukim Dengkil, di sini mengalami kerosakan akibat bencana ribut pada Selasa lalu.

Pengerusinya, Mohamad Zain A. Hamid berkata, sebanyak 97 kediaman dilaporkan di Kampung Desa Putra, Kampung Limau Manis (10), Kampung Orang Asal Bukit Dugang (empat), Kampung Orang Asal Bukit Jenuk (empat), Kampung Orang Asal Batu 28 Jenderam Hilir (enam) dan masing-masing satu di Kampung Orang Asal Sungai Buah dan Kampung Orang Asal Kolam Air Bangkong.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Sepang berkata, pihaknya sudah mengarahkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan terbabit serta Jabatan Kemajuan Kemajuan Orang Asal (Jakoa) Sepang untuk melaksanakan banci bagi mendapatkan data sebenar kediaman yang rosak.

“Proses tersebut perlu dilakukan bagi tujuan melengkapkan dokumentasi seperti mana prosedur yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa Negeri Selangor bagi memastikan tidak berlaku ketirisan wang rakyat dalam proses penyaluran bantuan kepada mangsa yang layak.

“Memandangkan bencana ini menyebabkan kerosakan kediaman yang banyak, kami perlu membuat semakan semula dokumentasi terlebih dahulu sebelum mengemukakan laporan beserta dokumentasi lengkap seperti ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohamad Zaid berkata, semakan itu penting bagi tujuan permohonan Wang Ikhsan Tabung Bencana Negeri Selangor dan lain-lain bantuan yang wajar diterima oleh mangsa bencana tersebut.

Katanya, pihaknya juga sudah menggerakkan pelbagai agensi untuk melaksanakan operasi pembersihan, pembaikan dan menghulurkan bantuan segera di lokasi yang terjejas bencana.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Selasa lalu, beberapa kawasan di Dengkil, Sepang dan Putrajaya dilanda ribut serta angin kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan kerosakan kediaman. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI