fbpx

Guna saluran undang-undang yang betul – MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN – Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majority Ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu, merupakan satu kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, sebagai negara yang telah lama mengamalkan demokrasi, semua pihak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu namun perlu berdasarkan kepada perundangan sedia ada.

Katanya, beliau menyokong kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, yang meminta kenyataan seperti itu perlu dibuktikan dengan bukti-bukti bukan kenyataan politik semata-mata.

Menurut beliau, negara ini telah mempunyai kaedah serta perundangan yang lengkap dan sewajarnya digunakan oleh beliau ( Anwar ) sebelum beliau membuat pengumuman yang sedemikian.

“Rakyat ketika ini sedang berdepan dengan cabaran untuk meneruskan kelangsungan hidup kesan daripada Covid-19 yang belum tentu akan berakhir dalam tempoh masa terdekat, tiba-tiba dikejutkan dengan kenyataan itu.

“Semua harus menggunakan saluran yang betul dan bersikap matang sebelum mengambil tindakan yang mencemaskan semua pihak termasuk dikalangan para pelabur,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Nelayan Pontian Berhad , di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah.

Perdana Menteri berkata, dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai majoriti yang kukuh untuk menubuhkan kerajaan, perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Hasni, beliau berharap , semua pihak harus memberikan masa dan peluang kepada Perdana Menteri untuk membantu rakyat melalui pelbagai insitiatif dan pakej rangsangan bagi meringankan beban kehidupan mereka.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI